Pil Dimensi 108, pil pintar lagi ajaib!

Pil Pintar, Dimensi 108 yang dikatakan berkuasa mengubah perangai seseorang menjadi lebih pintar dan taat sebenarnya tidak lebih sekadar pil gula semata-mata seperti yang didedahkan melalui kajian oleh Persatuan Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Association, MMA). MMA melaporkan bahawa pil Dimensi 108 mengandungi 95% gula dan lain-lain karbohidrat. Dalam sebiji pil seberat 500mg itu hanya mengandungi 7.5mg atau 1.5 % herba.


Pil ini yang mula diedarkan awal minggu lalu secara agresif di sekolah-sekolah terutamanya kepada murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR tidak lama lagi.

“Aduan diterima dari ibu bapa pelajar SK Taman Segar, Cheras. Guru besar didakwa mewajibkan murid membeli. Kes sama berlaku di SRK Bukit Kemuning 2, Kota Kemuning melibatkan penolong kanan sekolah pula,” kata pemimpin PKR. Ia dinyatakan menerusi kenyataan media bersama Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming, hari ini. Mereka turut meminta kementerian membentang kajian terperinci keberkesanan produk ‘projek rintis’ di Mersing dan Kota Tinggi, Johor jika benar ia mampu meningkatkan prestasi murid.



Dimensi 108 diiklankan di dalam Utusan Malaysia pada 10/6/2013

Namun mengikut kenyataan dari blog rasmi produk ini, http://dimensi108.blogspot.com/, Pil Dimensi 108 dirumus khas daripada bahan-bahan asli dan herba yang sudah terkenal dalam bidang perubatan dan kesihatan.

Dimensi 108 (Kuasa Mengubah Perangai) merupakan makanan tambahan (supplement) yang telah dirumus khas (diformulasikan) dengan menggunakan bahan-bahan asli seperti Kurma Merah, Biji Teratai, Madu Batu, Atractylodis Macrocephalae Rhizoma, Radix Dioscorea Oppositae termasuk Spirulina. Kesemua bahan-bahan di atas memang sudah terkenal dalam bidang perubatan dan kesihatan. Dimensi 108 (Kuasa Mengubah Perangai) tidak mengandungi sedikit pun bahan kimia di dalamnya. Ianya dirumuskan dalam bentuk seperti gula-gula dan pelbagai rasa yang sangat digemari oleh kanak-kanak iaitu Perisa Jagung, Perisa Oren, Perisa Ros, Perisa Anggur dan Perisa Strawberi.


Formula hebat DIMENSI 108

Khasiat herba di dalam DIMENSI 108


Bagaimana Dimensi 108 berkuasa mengubah perangai?

Kuasa yang terdapat di dalam Dimensi 108 (Kuasa Mengubah Perangai) ini ialah seperti Kuasa Hidrogen dan Nitrogen dimana apabila di ambil akan masuk ke dalam darah lalu membentuk rantaian molekul-molekul seperti “tasbih” dan bertindak sebagai “peluru” untuk menghancurkan molekul-molekul (unsur-unsur) negetif lalu menjana kuasa positif. Gabungan Kuasa yang terdapat di dalam tablet ini serta Oksigen (yang diambil semasa pernafasan) pula akan menjana kecerdasan minda anak-anak. Kuasa berangkai ini juga akan bertindak sebagai pertahanan terhadap kuman-kuman atau virus yang boleh menyebabkan penyakit pada tubuh badan.


Apakah manfaat amalkan pemakanan pil ajaib ini?

Pil ini dijual semurah RM5.00 untuk 20 biji/tablet didakwa mengandungi pelbagai khasiat dan faedah yang sungguh menakjubkan seolah-olah mempunyai kuasa ajaib dalam masa 20 hari. 

Pihak yang pertama sekali yang akan dapat mengesan perubahan tingkah laku tersebut ialah para ibu bapa. Ianya boleh dikesan seawal dua minggu selepas pengambilan Dimensi 108 (Kuasa Mengubah Perangai) secara berterusan. Ini juga bergantung kepada masalah yang dihadapi oleh anak-anak tersebut. Pihak guru akan dapat mengesannya pula melalui pencapaian akademik dan perubahan-perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Kanak-kanak yang mengamalkan Dimensi 108 ini akan lebih cerdas dan aktif dalam pembelajarannya. Bayangkanlah jika pengambilan Dimensi 108 (Kuasa Mengubah Perangai) ini diamalkan sejak dari Pra sekolah lagi. Tentulah hasilnya akan mengembirakan semua pihak.


Ajaibnya...



P/S: Ingatkan skim cepat kaya jer ada, SKIM CEPAT PANDAI pun ada jugak....hrrmm. Alahai...dunia, dunia, macam-macam ada. Dalam pada kita sibuk mengejar 'kecerdikan', sebenarnya kita 'diperbodohkan'.

Dulu gempar dengan pil genius ADI PUTRA, sekarang pil pintar D108 pulak!



SUMBER:

http://glomind.blogspot.com/
http://www.sinarharian.com.my/surat-kkm-di-blog-dimensi-108-palsu-1.197081
https://www.facebook.com/notes/khalil-khushari-zainol/dimensi-108-kuasa-mengubah-perangai/10151422542406008