Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya (BATHKP) merupakan anugerah pencapaian tertinggi yang diberikan kepada ahli Pandu Puteri Tunas oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Melalui penganugerahan ini,  ia secara langsung— mengiktiraf ahli Pandu Puteri Tunas yang telah mencapai kriteria yang ditetapkan.

Anugerah ini mula diperkenalkan pada tahun 2012 dan seterusnya menjadi acara tahunan melalui pelaksanaan BATHKPC, BATHKP dan Cabaran Pandu Puteri Tunas Peringkat Kebangsaan.

Cabaran Pandu Puteri Tunas 2015 Peringkat Kebangsaan di Perlis

Antara objektif diwujudkan anugerah ini adalah:
  1. Sebagai pemangkin kepada ahli Pandu Puteri Tunas untuk bergerak aktif dalam aktiviti-aktiviti Pandu Puteri. 
  2. —Memartabatkan Program Pandu Puteri Tunas melalui pemilihan penerima anugerah.
  3. Sebagai insentif kepada ahli Pandu Puteri Tunas yang telah mencapai kriteria yang ditetapkan. 
  4. Membina keyakinan diri yang utuh apabila berhadapan dengan cabaran dan perkembangan semasa.

Pra Syarat kelayakan:
  1. —Warganegara Malaysia
  2. Pandu Puteri Tunas yang telah mencapai umur 11 tahun pada tahun semasa.
  3. —Ahli yang berdaftar dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
  4. Mempunyai sahsiah dan berketrampilan.
  5. —Mempunyai daya tahan yang tinggi untuk menghadapi segala cabaran.

Pelaksanaan Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :
  1. — Bengkel Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Cawangan (BATHKPC) 
  2. — Bengkel Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya (BATHKP) 

BENGKEL ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS HARAPAN KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN (BATHKPC)
Syarat BATHKPC:
  1. —Berupaya melengkapkan buku log 
  2. Telah menyertai ATAU membantu acara mewakili Pandu Puteri di peringkat sekolah DAN zon , daerah atau cawangan. 
  3. Telah menyertai sekurang-kurangnya SATU ( 1 ) Perkhemahan/ Cuti Pasukan Pandu Puteri Tunas anjuran Pandu Puteri 
  4. Mencapai sehingga peringkat Tangan Emas. 
  5. Memperoleh 5 lencana berikut : 
             - Pengumpul 
             - Ahli rumah tangga 
             - Pereka Permainan Kanak-kanak 
             - Kecergasan 
             - Pertolongan cemas 
             - Jurumasak 
             - SATU (1) Lencana Kecekapan dari setiap kumpulan di bawah: 
                                    - Kumpulan A, kumpulan B dan kumpulan C.


BENGKEL ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS HARAPAN KETUA PESURUHJAYA (BATHKP)
Syarat BATHKP:
  1. —Telah memperoleh sijil Ketua Pesuruhjaya Cawangan (BATHKPC) 
  2. —Menyertai ATAU membantu acara Pandu Puteri di peringkat cawangan, kebangsaan atau antarabangsa. 
  3. —Memperoleh SEMBILAN ( 9 ) Lencana Kecekapan berikut:
             - Pengumpul 
             - Ahli rumah tangga 
             - Pereka Permainan Kanak-kanak 
             - Kecergasan 
             - Pertolongan cemas 
             - Jurumasak 
             - SATU (1) Lencana Kecekapan dari setiap kumpulan di bawah: 
                                    - Kumpulan A, kumpulan B dan kumpulan C.




Penerima anugerah BATHKP 2015

Sumber:
  1. Persatuan Pandu Puteri Malaysia
  2. PANDU PUTERI TUNAS CK CHENDERAH

Hukuman Rotan Pelajar Bakal Dilaksanakan Mulai Tahun 2017?

Menurut laporan Utusan Online, Pengetua atau guru akan diberi kuasa penuh untuk melaksanakan hukuman rotan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan displin di sekolah mulai tahun 2017. Walau bagaimanapun hukuman rotan tersebut hanya boleh dilakukan secara tertutup dan tidak dibenarkan dilakukan di khalayak ramai seperti semasa perhimpunan.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon, draf penambahbaikkan peraturan displin tersebut akan dibawa ke Jabatan Peguam Negara untuk diperhalusi selepas kajian terhadap Peraturan-Peraturan Displin Pelajar 1959/ Ordinan Pendidikan 1957 dibuat.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof - Pengetua/Guru besar hanya dibenarkan merotan murid-murid tertakluk kepada syarat tertentu untuk kesalahan serius berdasarkan SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2003 : KUASA GURU MEROTAN MURID.

Dr. Khair menjelaskan bahawa hukuman rotan sentiasa dibenarkan kerana berasaskan peruntukan yang disediakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 namun hanya dinyatakan jenis hukuman yang boleh dikenakan mengikut keseriusan sesuatu kesalahan.

Pekeliling 2003: Kuasa guru merotan murid



Wajarkah guru merotan pelajar?
SEREMBAN: Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) masih menyiasat dari segenap aspek kes guru wanita sebuah sekolah menengah di Kuala Klawang, Jelebu yang didakwa merotan pelajarnya sehingga menyebabkan mangsa kini menerima rawatan di hospital kerana tidak dapat bergerak.

Isu kewajaran guru merotan murid telah banyak dibincangkan dalam akhbar dan media sosial. Walaupun ada pendapat yang menentang namun ada juga yang menyokong kerana merasakan guru mempunyai peranan besar membantu menangani salah laku pelajar. Dengan timbulnya kes-kes seperti di atas, ada yang beranggapan bahawa hukuman rotan perlu dikaji semula terhadap mekanisme pelaksanaannya.

Timbul persoalan tentang kewajaran hukuman merotan yang pernah diberikan kuasanya kepada guru tetapi telah dilarang mulai tahun 1983 ketika Tan Sri Murad Mohamed Noor menjadi Ketua Penolong Pengarah Pelajaran Malaysia. Beliau dengan tegasnya mempertahankan tindakannya untuk menarik kembali kuasa guru dari merotan pelajar dengan alasan biarlah pelajar ini dididik dengan penuh hemah tetapi kesannya apa yang dapat kita lihat sehingga hari ini ialah pelajar semakin berani mempertikaikan tentang peraturan dan disiplin sekolah.

Pelbagai isu negatif yang melibatkan perlakuan negatif pelajar terhadap guru antaranya pelajar mencekik seorang guru perempuan di Pulau Pinang, isu pelajar tumbuk guru di Sabah, isu kereta guru dirosakkan pelajar di Terengganu dan lain-lain. Oleh hal yang demikian, guru dalam dilema samada ingin menggunakan hukuman rotan atau tidak di sekolah.



Berkesankah hukuman rotan?

Laporan oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bertajuk Keganasan Terhadap Kanak-Kanak berpendapat bahawa amalan itu hanya akan memberikan kesan negatif kepada emosi serta pelajaran kanak-kanak. Laporan tersebut menyebut bahawa hukuman yang berbentuk fizikal sebenarnya tidak memberi kesan positif kepada pelajar, malah akan menjadi lebih teruk lagi apabila mereka secara tidak langsung mula beranggapan bahawa keganasan boleh diterima pakai ketika berhadapan dengan masalah.

Hanya sedikit nilai positif yang diperoleh oleh pelajar yang pernah menjalani hukuman fizikal di sekolah. Sebaliknya, apa yang lebih merisaukan adalah pelajar berkenaan hilang matlamat dalam akademik dan kurang bermotivasi untuk berjaya. Kajian tersebut dijalankan dalam tempoh lima tahun menerusi lawatan dan pemantauan intensif daripada sembilan bahagian, termasuk kerajaan, orang awam dan kanak-kanak. Di samping lawatan dan pemantauan, borang kaji selidik turut diedarkan kepada 133 negara di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Laporan tersebut turut menyatakan bahawa kanak-kanak yang diberi hukuman fizikal di sekolah mempunyai nilai moral yang lebih rendah dan cepat menjadi tertekan serta bersikap agresif. Ada kalanya kesalahan kecil seperti tidak melakukan kerja rumah turut berhadapan dengan hukuman tersebut.

UNICEF percaya bahawa hukuman fizikal ini perlu dihapuskan kerana ia bersifat penganiayaan dan tidak berkesan dalam mendidik pelajar menjadi lebih baik dan berdisplin. Untuk mengukuhkan lagi kajian tersebut, Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak turut mengharamkan cara hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan tanpa mengira apa jua keadaan sekalipun.


Hukuman rotan di sekolah masih relevan?

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Komander (Kehormat) Hashim Adnan berpendapat bahawa hukuman rotan di sekolah masih relevan bagi tujuan mendidik dan mendisplinkan pelajar walaupun banyak negara khususnya di barat sudah memansuhkan hukuman rotan di sekolah, namun dalam konteks negara-negara di timur termasuk Malaysia, hukuman rotan di sekolah masih diperlukan.
Kita berharap, kalau dapat, kita teruskan juga hukuman rotan ini tetapi secara berhemahlah, bukan sesuka hati...merotan itu bukan sewenang-wenangnya. Ia perlu dijalankan secara profesional dan setelah berkali-kali amaran dikeluarkan. Kalau bimbingan dan pendekatan psikologi masih tak jalan barulah rotan - Presiden NUTP

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Abdul Hamid Othman berpendapat adalah wajar memukul sebagai satu hukuman terhadap salah laku kanak-kanak dan ini dibenarkan sendiri dalam Islam kerana ia adalah kaedah pengajaran yang berkesan. Beliau juga berpendapat ibu bapa sepatutnya memberi sedikit kelonggaran kepada guru untuk memukul anak mereka yang melakukan kesalahan bagi membentuk displin dan keperibadian mereka. 

Hal ini kerana apabila seseorang pelajar menerima hukuman seperti rotan, pelajar tersebut akan merasa sakit dan serik untuk melanggar peraturan sekolah lagi. Manakala pelajar-pelajar lain yang melihat hukuman ini dijalankan juga akan merasa ngeri untuk melakukan kesalahan tersebut. Oleh itu masalah pelanggaran displin dapat diatasi.

Hukuman merotan dari sudut pandangan Islam?
#Akan dikupas dalam entri yang lain, Insya Allah.


Sumber:
  1. http://m.utusan.com.my/berita/nasional/hukuman-rotan-pelajar-dilaksana-2017-1.321661
  2. http://www.sinarharian.com.my/nasional/hukuman-rotan-di-sekolah-masih-relevan-1.377202
  3. http://gurucakna.blogspot.my/2012/09/isu-1-guru-merotan-murid-oleh-mohd-azri.html
  4. http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.my/2008/07/selatan-jpns-siasat-guru-rotan-pelajar.html
  5. http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/2008_BTMK_135_6910_8325.pdf
  6. http://www.tv14.my/2016/05/12/hukuman-rotan-dibenarkan-jika-ikut-garis-panduan/

Peraduan Terima Kasih Cikgu Sempena Hari Guru 2016

Peraduan ini terbuka kepada pelajar sekolah sempena sambutan Hari Guru yang bakal menjelma tidak beberapa hari sahaja lagi. Peluang ini patut dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pelajar untuk menunjukkan penghargaan dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada guru masing-masing kerana pihak penganjur menyediakan hadiah-hadiah yang menarik. Hadiah akan diberikan kepada pelajar dan juga guru.






Sumber:
  1. http://www.moe.gov.my/my/pemberitahuan-view?id=5294



Tema Hari Guru 2016 : Guru Pembina Negara Bangsa

Hari Guru bakal menjelma lagi pada tanggal 16 Mei. Tahun ini Hari Guru bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa.



Tema Guru Pembina Negara Bangsa bertepatan dengan peranan guru sebagai pendidik dalam membentuk murid yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, memiliki jati diri yang kukuh, berdaya saing dan berpegang teguh kepada ajaran agama serta nilai sejagat.


Para guru sekalian wajar berbangga kerana faktor utama yang menyumbang kepada kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat Malaysia ialah tuan-tuan dan puan-puan sendiri - KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Demi merealisasikan agenda pendidikan, gurulah yang bertungkus-lumus memerah kudrat, berkorban masa bersengkang mata, cekal menempuhi pelbagai cabaran. Bagi menjayakan misi murni ini, para guru sanggup menabur bakti ke segala pelosok rantau – bandar, desa, merentas pulau dan lautan hatta lurah dan gunung. Di sanubari guru tersemat satu iltizam – akal budi murid mesti dibangunkan dan ditajamkan, sahsiah murid perlu dipimpin dan diasuh, jasmani murid harus dicergaskan dan disegarkan, emosi murid patut dibelai dan 3 disentuh, rohani murid wajar dibimbing dan dimantapkan, potensi murid layak dimajukan dan disuburkan. Syabas guru semua! - KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA


Muat turun: TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016

Sumber:
  1. http://www.moe.gov.my/my/pemberitahuan-view?id=5287
  2. http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2016/articlefile_file_004525.pdf

PM Lancar Tablet Untuk Guru Di Sarawak

Perdana Menteri Malaysia mengumumkan bahawa semua guru di sekolah rendah, menengah serta yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah dan negeri Sarawak bakal menerima komputer tablet yang dilengkapi perisian akhbar Tutor dan e-paper Utusan Malaysia. Pengumuman itu dibuat semasa Majlis Pelancaran Tablet tersebut pada 5 Mei 2016 di Kuching, Sarawak.

"Hal ini penting kerana melaluinya para guru dapat menyampaikan kandungan pendidikan dengan nilai yang lebih krea­tif selari dengan tahap pemikiran golongan pelajar yang disebut sebagai kelompok digital native. Kita tidak mahu murid lebih bermaklumat daripada guru, ini juga satu cabaran kepada kita kerana mereka terlalu pantas mendapat akses kepada Internet. Dengan adanya tabet ini, ia adalah revolusi kecil dalam bidang pendidikan negara, mudah-mudahan ini menjadi langkah yang sangat bermakna,” - Perdana Menteri Malaysia

Menurut portal Malaysia Aktif, sebanyak 42, 000 unit tablet telah diterima guru-guru di Sarawak.




Sumber:

Penggunaan Aplikasi Group WHATSAPP Boleh Menjejaskan Psikologi Penjawat Awam - Senator Dewan Negara

huhuhu...petikan dari laman web CUEPACS



KUALA LUMPUR, 21 April 2016 (Bernama)

Pengunaan aplikasi media sosial seperti Group WhatsApp sebagai saluran komunikasi di jabatan kerajaan di khuatiri menjejaskan psikologi penjawat awam, demikian menurut seorang Senator. 

Senator Datuk Mariany Mohammad Yit berkata terdapat rungutan oleh kelompok penjawat awam yang mendakwa penggunaan aplikasi sosial itu turut menjejaskan kualiti masa bersama keluarga dan waktu rehat mereka. 

Katanya terdapat kes ketua jabatan yang mewajibkan penggunaan WhatsApp sebagai saluran komunikasi kepada semua pekerja. 

"Pada masa kini, penggunaan aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp dalam kalangan pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai sektor awam amat popular. 

"Terdapat juga jabatan kerajaan yang menjadikan aplikasi group WhatsApp sebagai saluran komunikasi," katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara hari ini. 

Beliau berkata, tidak dinafikan penggunaan aplikasi media sosial mempunyai kebaikan dan keburukan. "(Cuma) kita mohon Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menjelaskan adakah aplikasi WhatsApp telah diwartakan sebagai saluran rasmi komunikasi antara penjawat awam," katanya. 


Beliau berkata JPA juga diminta menjelaskan sama ada pekeliling perkhidmatan awam telah dikeluarkan berhubung penggunaan aplikasi berkenaan bagi memantau standard piawaian dan tatacara serta kredibiliti penggunaannya demi menjamin keselamatan operasi dan keselamatan dokumen yang mungkin menjadi sebahagian daripada dokumen rahsia rasmi kerajaan. 



Sumber:

  1. http://cuepacs.blogspot.my/2016/04/dewan-negara-penggunaan-aplikasi-grup.html
  2. http://www.sinarharian.com.my/nasional/penggunaan-grup-whatsapp-boleh-jejas-psikologi-1.512173

Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) Dijenamakan Semula Kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) Mulai 1 Januari 2016

Kemudahan pinjaman perumahan untuk kakitangan awam kekal tetapi mulai 1 Januari 2016, pengurusannya dijadikan sebuah badan berkanun.

Laman web LPPSA
Surat siaran Kementerian Kewangan Malaysia

Akhirnya BPP dijenamakan semula dan pengurusannya dijadikan sebuah badan berkanun di kenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua:
Badan berkanun ialah jabatan kerajaan yang dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan salah satu contoh badan berkanun. Contoh lain ialah LHDN yang juga di bawah Kementerian Kewangan.




Sejak 2012 lagi sudah terdengar pelbagai khabar angin dan ura-ura pemansuhan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) dengan beberapa bantahan yang dibuat oleh CEUPACS dan Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam). 

Bantahan HartaGuam terhadap Skim Pinjaman Perumahan di bawah Akta LPPSA

1. Akta LPPSA memberi kuasa yang luas kepada Menteri Kewangan dan pengurusan LPPSA untuk menentukan segala perkara dasar dan polisi berkenaan dengan pinjaman perumahan kakitangan awam. Ini boleh mendedahkan kepada salah guna kuasa untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.

2. Tiada jaminan di dalam Akta LPPSA bahawa segala terma dan syarat-syarat pembiayaan seperti kadar faedah 4% dan syarat-syarat kelulusan pinjaman akan kekal sama seperti pinjaman perumahan di bawah BPP sebelum ini. Semuanya bergantung kpd budi bicara Menteri dan LPPSA sepenuhnya.

3. LPPSA mempunyai hak untuk meminjam wang daripada institusi kewangan dan terlibat dengan pelaburan serta boleh mencagarkan dan mensekuritikan kepentingan dan hak LPPSA terhadap hartanah yang digadaikan oleh peminjam. Ini boleh memberi risiko kerugian kepada LPPSA. Kesannya, kepentingan dan hak peminjam boleh terjejas.

4. Segala harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti kerajaan berkaitan dengan pentadbiran pinjaman perumahan kakitangan awam akan diletakhakkan (dipindahkan) sepenuhnya kepada LPPSA. Ini bererti kerajaan tidak lagi campur tangan dalam urusan pinjaman kakitangan awam selepas ini dan ianya tertakluk kepada bidang kuasa dan budi bicara LPPSA sepenuhnya.

5. Kakitangan kerajaan yang memohon pinjaman perumahan di bawah LPPSA hanya boleh menggunakan peguam panel yang telah disediakan oleh LPPSA sahaja. Tidak sebagaimana sebelum ini dimana peminjam boleh melantik peguam mereka sendiri untuk menguruskan urusan pinjaman perumahan. Sudah pasti peguam panel yang dilantik oleh LPPSA tidak akan melindungi hak dan kepentingan peminjam sepenuhnya. Berkemungkinan juga ada caj tambahan (processing fees) yang akan dikenakan oleh LPPSA untuk dokumentasi yang disediakan oleh peguam panel.

6. Urusan pinjaman juga akan menggunapakai dokumentasi baru dan tidak lagi terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat sebagaimana dokumentasi pinjaman perumahan di bawah BPP.

7. Akta LPPSA membenarkan LPPSA menubuhkan syarikat untuk terlibat dalam perniagaan bagi mencari dana kewangan. Ini akan mendedahkan LPPSA kepada risiko untung dan rugi.

Kesannya, pinjaman perumahan kerajaan tidak akan selamanya kekal sama tetapi sebaliknya tertakluk kepada untung dan rugi perniagaan dan kewangan LPPSA sepenuhnya.

Oleh;
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)


Sumber:

  1. http://www.lppsa.gov.my/v1/
  2. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=berkanun&d=10
  3. https://www.malaysiakini.com/news/324077
  4. http://www.infra.gov.my/web/EN/blog/110-announcement/569-transformasi-bahagian-pinjaman-perumahan-bpp-ke-lembaga-pembiayaan-perumahan-sektor-awam-lppsa.html
  5. http://www.bloggerlelaki.com/2015/12/bahagian-pinjaman-perumahan-bpp-di-tukar-ke-lppsa.html
  6. http://bmblogr.blogspot.com/2015/12/pinjaman-perumahan-kerajaan-bpp.html
  7. http://jjokir.blogspot.my/2015/07/senarai-badan-berkanun-di-malaysia.html

[ IKLAN ] Program Latihan & Penterjemahan Untuk Guru KPM 2016

Kepada guru-guru yang berminat untuk menjadi penterjemah, KPM dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) akan menganjurkan Program Latihan & Penterjemahan Untuk Guru KPM 2016.

Tarikh tutup adalah pada 6 Mac 2016.

Program ini ditaja sepenuhnya oleh KPM dan ITBM.


Info di web KPM


Sumber:
  1. http://www.moe.gov.my/my/pemberitahuan-view?page=1&id=516



[DOWNLOAD] Buku Panduan Pengoperasian Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI ) Edisi Percubaan 2015

Muat turun Buku Panduan Pengoperasian PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi) Edisi Percubaan 2015 di sini.






Sambutan 100 Tahun Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Majlis Pelancaran Sambutan 100 Tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) telah disempurnakan pada hari Sabtu, 30 Januari 2016 di Wisma Pandu Puteri, Kuala Lumpur. Majlis gilang-gemilang tersebut telah dirasmikan oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri Malaysia merangkap Yang Dipertua PPPM.





Logo Rasmi 100 Tahun PPPM
Penerangan logo rasmi
Maskot 100 Tahun PPPM





Antara acara sambutan yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun


Barangan merchandise sempena sambutan 100 tahun PPPM
Barangan-barangan ini dijual di Ibu Pejabat PPPM iaitu di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur


Powerbank

beg kanvas

Sumber:
  1. http://www.hmetro.com.my/node/111298
  2. http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1211844
  3. http://www.hmetro.com.my/node/111441
  4. http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_press&pg=bm_press_all&ac=2464&lang=bm

[ IKLAN ] Penghantaran Artikel Untuk Penerbitan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 17 2016

Jurnal Penyelidikan Pendidikan adalah penerbitan Bahagian Perancangan Penyelidikan & Dasar Pendidikan, KPM. Ia bertujuan menyebarkan hasil-hasil dapatan kajian dan buah fikiran ahli-ahli pendidik dan mereka yang terlibat dengan isu-isu pendidikan. Semua laporan yang terdapat dalam jurnal ini adalah hasil penyelididkan penulis-penulis sendiri dan tidak menggambarkan pandangan Bahagian Perancangan Penyelidikan & Dasar Pendidikan, KPM.

Contoh kajian

Contoh kajian



Info dari laman web KPM:

Tuan/Puan dipelawa untuk menghantarkan artikel bagi penerbitan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 17 untuk tahun 2016. Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

i) Artikel berbentuk laporan penyelidikan berkaitan pendidikan yang terkini dengan abstrak tidak melebihi 120 perkataan serta lima kata kunci. Saiz abstrak adalah 10 dan italic.

ii) Artikel belum pernah diterbitkan dalam apa jua penerbitan di dalam atau di luar negara

iii) Panjang artikel hendaklah antara 3000-5000 patah perkataan

iv) Artikel ditaip di atas kertas A4 dengan single spacing menggunakan huruf Times New Roman bersaiz 12.

v) Saiz tajuk artikel 14, saiz nama penulis 12, saiz nama institusi 10 dan saiz alamat emel 9. (Semuanya ditulis di tengah-tengah)

vi) Penulisan artikel adalah mengikut format berdasarkan gaya penulisan APA (American Psychological Association) edisi terkini.

vii) Penghantaran artikel hendaklah disertakan dengan alamat surat menyurat, emel, nombor telefon pejabat dan nombor telefon bimbit.

viii) Artikel hendaklah dihantar dalam bentuk salinan bercetak (hard copy) dan salinan lembut (soft copy)

ix) Artikel dalam bentuk salinan lembut (soft copy) dihantar kepada alamat emel nasithah.hamid@moe.gov.my

x) Artikel dalam bentuk salinan bercetak (hard copy) hendaklah dihantar kepada:


Ketua Urusetia Jurnal Penyelidikan Pendidikan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Aras 2 Parcel E8, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p: Dr Maimunah Muda)


xi) Tarikh akhir penghantaran artikel adalah pada 31 Mei 2016

Sekiranya tuan/puan tidak menerima apa-apa surat daripada pihak kami selepas 31 Mei 2016, bermakna artikel tuan/puan tidak terpilih untuk diterbitkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Dr Maimunah Muda melalui talian 03 88846593 atau Puan Nasithah Abd Hamid melalui talian 03 88846567.

Sumber:
  1. http://www.moe.gov.my/my/pemberitahuan-view?id=5137
  2. http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/researchfile/2005/researchfile_file_000726.pdf

Pelaksanaan Kursus iTHNK Dalam Talian (KiDT) 2016

Kursus i-THINK Dalam Talian (KiDT) kini telah dibuka semula . Pada 21 April 2015, ia telah ditutup dan dijalankan secara luar talian (offline). 

Pada 1 Disember 2015, KiDT telah dibuka semula di laman web MyGfL (http://mygfl.moe.gov.my/). Guru-guru yang masih belum mengikuti atau tamat kursus i-THINK hendaklah mengikuti kursus ini . Guru-guru boleh rujuk tatacara dan arahan dalam i-THINK User Instructions dalam i-THINK User Installation Guide dan i-THINK User Course Manual.

Pelaksanaan seluruh negara melibatkan sekolah rendah dan sekolah menengah telah bermula pada 11 Januari 2016. Pelaksanaan ini adalah berdasarkan Surat Siaran Pelaksanaan KiDT bertarikh 7 Januari 2016 yang dikeluarkan oleh KPM.

Surat Siaran KPM bertarikh 7 Januari 2016

Hebahan di laman web KPM

Hebahan di laman web MyGFL


Sumber:


Format Peperiksaan Pusat UPSR 2016 Kekal 100% Ujian Bertulis

UPSR pada tahun ini masih kekal dijalankan secara ujian bertulis 100% seperti tahun-tahun sebelumnya. Ini berdasarkan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bilangan 2 Tahun 2015 : Format Peperiksaan Pusat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 2015. 

Pekeliling ini secara langsung membatalkan wajaran 40% PBS dan 60% peperiksaan pusat seperti yang terkandung dalam Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bilangan 1 Tahun 2011.




Sumber:

[IKLAN] Program Pembangunan Pengkarya Guru KPM 2016 Anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia

Permohonan terbuka kepada warga pendidik (Gred DG) yang berbakat dan berminat untuk menghasilkan buku kanak-kanak dan remaja. Bengkel empat siri Pengkarya Guru akan diadakan pada hujung minggu (Khamis hingga Ahad). Bengkel Empat Siri Pengkarya Guru KPM merupakan anjuran Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.







Penyertaan peserta yang telah menghasilkan manuskrip yang belum pernah diterbitkan oleh mana-mana pihak amat dialu-alukan. Yuran kursus, penginapan dan makan minum ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Anda cuma perlu biayai sendiri kos perjalanan ke tempat kursus DI LEMBAH KELANG pada tarikh-tarikh yang berikut:


- 24, 25, 26 dan 27 Mac 2016 

- 21, 22, 23 dan 24 April 2016

- 26, 27, 28 dan 29 Mei 2016

- 11, 12, 13 dan 14 Ogos 2016

(Khamis - Ahad)
      

*Semua peserta yang terpilih wajib menghadiri keempat-empat siri. Peserta yang terpilih akan dihubungi selewat-lewatnya pada 1 MAC 2016.

Berminat ?

Sila muat turun borang permohonan dan hantarkan borang yang lengkap dan sampel hasil karya (penulisan atau ilustrasi atau kedua-duanya) ke mbkmmoe@gmail.com sebelum 31 Januari 2016.




Info Majlis Buku Kebangsaan Malaysia


Sumber:



Cuti Perayaan 2016 Yang Diperuntukkan KPM

Berdasarkan Surat Siaran KPM Bilangan 19 Tahun 2015, cuti sekolah sempena sambutan perayaan telah diselaraskan oleh KPM yang melibatkan perayaan-perayaan utama di Malaysia iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Puasa dan Deepavali. Cuti tersebut merupakan cuti sekolah yang TIDAK PERLU  diganti.









Penggal Persekolahan & Cuti Sekolah 2016

Takwim penggal persekolahan tahun 2016 adalah seperti berikut. Untuk muat turun, klik di sini.

Kumpulan A : Hujung minggu JUMAAT - SABTU

Kumpulan B : Hujung minggu SABTU - AHAD